Jenis - cadangan tarikh luput selepas dibuka
- ampule - kegunaan "single use".
- beg epidural (disediakan di farmasi) - 48 jam.
- beg/botol yang digunakan untuk kegunaan irigasi (normal saline) dengan/tanpa ubatan tambahan - 24 jam (dengan syarat hanya 1 tebukan dilakukan, melainkan sebaliknya yang dinyatakan pada sisp ubat).
- sediaan ubat titis/salap mata, telingan atau hidung - 1 bulan.
- alat sedut - rujuk pada tarikh luput yang dinyatakan oleh pengilang.
- insulin - 4 minggu bagi vial insulin yang sudah dibuka.
- sebarang cecair bagi kegunaan topikal - tarikh luput yang dilabelkan oleh farmasi.
- sediaan emtemporaneous oleh farmasi (eg sirup oral) - tarikh luput yang dilabelkan oleh farmasi.
- sediaan sirap secara komersial - tarikh luput yang dilabelkan oleh pengilang.
- sebahagian tablet dalam pek/kapsul yang masih dalam pek pengilang/pek ubat - tarikh luput yang dinyatakan oleh pengilang pada pek ubat.
- sediaan krim/salap dalam tiub ubat - 3 bulan atau rujuk tarikh luput pada tiub, mana-mana yang lebih awal.
- sediaan krim/salap dalam jar - 1 bulan atau rujuk tarikh luput pada jar,mana-mana yang lebih awal.
- sediaan injeksi dalam vial (dengan pengawet) - rujuk sisip ubat.
- sediaan injeksi dalam vial (tanpa pengawet). - 24 jam (melainkan dilabelkan sebagai "single use".
**Jangka hayat simpanan selepas ubat dibuka bergantung kepada pengilang dan berbeza-beza mengikut jenis ubat-ubatan dan suhu penyimpanan. Adalah disyorkan supaya memeriksa maklumat pada sisipan ubat terlebih dahulu sebelum menggunakan carta cadangan tarikh luput ini.
No comments:
Post a Comment